Tempatkan gajet seperti dibawah dengan menyalin kod di direktori Google Gadget. Dengan siaran gajet, setiap entri baru akan disiarkan secara terus sentiasa ke blog yang menempatkan gajet tersebut. Pentadbir blog akan dapat membaca ringkasan entri terbaru tanpa perlu keluar dari lelaman mereka.

Setiap blog yang menempatkan gajet ini juga ada pengunjung dan pembaca yang tersendiri. Ini menghasilkan kesan berganda dari segi jumlah pembaca yang akan melunsuri gajet.
Semua pembaca hanya melihat ringkasan entri di gajet. Sekiranya mereka berminat, mereka perlu ke blog asal untuk membaca cerita penuh. Untuk membaca cerita penuh, pembaca hanya perlu klik entri di gajet.
Ini satu cara mudah dan efektif untuk menarik minat pembaca ke blog kita. Apa yang perlu dibuat hanyalah memastikan tajuk blog atau cerita dan rangkap pertama cerita (dalam 100 huruf) dapat memikat pembaca untuk terus mengikuti cerita penuh.
Daftar segera di B3LIma. Percuma.










0 ulasan:
Post a Comment