Tuesday, July 22, 2008

Google Gadget Untuk Promosi Blog

Untuk memudahkan sesiapa sahaja melanggan saluran berita dan blog, saya menempatkan gajet saluran berita dan blog ini di Google Gadget Directory. Sesiapa sahaja boleh muat turun skrip dan tempatkan gajet ini dilelaman mereka. Dengan cara itu, saluran berita dan blog ini akan lebih ramai pembaca dan memberi manafaat kepada lelaman anda yang mendaftar.

Jika anda belum mendaftar, pendaftaran adalah mudah dan percuma. Ikut arahan pendaftaran diatas.

Gajet Google adalah satu cara mudah untuk mempromosi lelaman anda. Gajet boleh ditempatkan di lelaman dan kandungan blog. Ia boleh dimuat turun oleh pembaca dan pelayar internet dengan mengklik bebutang +Google.

Salah satu ide yang bagus adalah dengan membuat gajet gambar yang menarik dan tempatkan dilaman anda. Masukkan alamat lelaman anda didalam gajet tersebut. Setiap muat turun gajet oleh pembaca lelaman anda akan secara tidak langsung mempromosikan lelaman anda.

Sekiranya anda berminat membuat gajet sendiri, anda boleh ke Google Gadget Editor. Sesiapa yang ada sedikit pengetahuan pengaturcaraan (programming) boleh membuat satu gajet mudah.

Sila ke Google Gadget Directory untuk salin skrip/kod dan tempatkan dilelaman anda sekiranya anda berminat meletakkan saluran berita dan blog ini di lelaman. Contoh gajet adalah seperti di bawah blog ini.

0 ulasan: