Monday, July 21, 2008

Google Reader Uruskan Siaran (Feeds)

Agak sukar untuk mengikuti semua blog atau berita yang kita minati. Salah satu cara adalah dengan membuat blog roll di laman. Namun ini tidak membantu sekiranya banyak siaran (feeds) blog dan berita perlu diikuti.



Satu cara yang mudah dan percuma adalah dengan menggunakan Google Reader. Dengan melanggan siaran (feeds) di Google Reader , pengurusan siaran adalah lebih baik.


Dengan Google Reader juga, kita boleh menempatkan gajet Google Reader di laman iGoogle peribadi dan ikuti perkembangan disitu. Ini amat membantu kerana kita tidak perlu ke Google Reader atau lelaman asal selagi tiada entri menarik untuk dibaca.

Sekiranya kita mempunyai teman di Google Talk, siaran (feeds) yang kita langgan boleh dikongsi bersama teman bila menghantar mesej peribadi.

Maklumat lanjut di Google Reader

0 ulasan: