Ada ribuan gajet yang boleh kita pilih di Google Gadget mengikut kesesuaian dan kemahuan kita. Antara yang utama mungkin gajet untuk:
- -Email peribadi.
- Sekianya anda menggunakan Gmail, hanya perlu ke gmail anda dan pilih arahan untuk menempatkan email di iGoogle dengan memilih bebutang
. - -Berita semasa
- Boleh didapati dari berbagai punca samada dari suratkhabar tempatan atau luar negara. Hanya perlu ke laman berita tersebut dan pilih bebutang
atau pun pilih dari gajet berita dari Google Gagdet. - -Gajet blog
- Gajet blog atau lelaman dibuat oleh individu untuk memudahkan pelayar internet mengikuti perkembangan semasa. Contoh yang paling nyata adalah saluran pilihan di laman ini. Dengan memilih saluran disini anda boleh mengikuti perbincangan dan berita berkaitan tajuk yang dipilih – niaga, buku, teknologi, ragam dan bisnes. Hanya perlu klik dan pilih bebutang
. - -Tools dan sebagainya
- Berbagai tools boleh dipilih di Google Gadget dan di pelbagai lelaman. Hanya perlu klik bebutang
jika anda melihatnya. Di lelaman iGoogle saya, saya letak gajet yang menyiarkan gambar menarik dari National Geographic.
Dengan menempatkan gajet pilihan tersebut di laman iGoogle peribadi, anda hanya perlu daftar masuk di iGoogle untuk melihat perkembangan atau entri terbaru yang disiarkan di gajet. Tidak perlu anda terus kesetiap laman yang anda ingin ikuti perkembangannya, hanya melihatnya di laman iGoogle peribadi.
.png)
Sekiranya ada berita atau entri terbaru, baru anda boleh terus melihat dan memilih untuk ke laman yang dipilih. Ini memudahkan kita mengikuti perkembangan semasa dan tidak membuang masa.










0 ulasan:
Post a Comment