Sunday, August 17, 2008

3 Column Blogger Template, Mudah

Blogger memberikan banyak pilihan templat asas yang anda boleh pilih mengikut citarasa sesuai dengan blog anda. Namun, kesemua templat asas tersebut tidak memberikan 3 ruangtegak (column) untuk digunakan.

Sekiranya anda ingin menambah ruangtegak (column) di susunatur tanpa perlu mengubah tatarias (design) templat yang sudah ada, anda hanya perlu membuat sedikit perubahan lebar templat anda. Contoh seperti dibawah.

Langkahnya adalah seperti berikut. Hanya perlukan sedikit pemahaman menggunakan editor HTML templat. Apa yang dibuat dibawah adalah menambah lebar templat dan menambah satu lagi ”sidebar” untuk digunakan.

Langkah seperti berikut:
1) Tambah lebar ”header-wrapper” kepada 890px

2) Tambah lebar ”outer-wrapper” kepada 890px

3) Tambah lebar ”footer” kepada 890px

4) Tambah ruangtegak tambahan seperti berikut.

5) Namakan ruangtegak tambahan sebagai ”sidebar1” dan ruangtegak sedia ada sebagai ”sidebar2”. "Sidebar1" dan "Sidebar2" hendaklah ditempatkan sebelum dan selepas "main-wrapper" seperti berikut.

7) Simpan templat dan kembali kepada susunatur. Anda akan dapat lihat ruangtegak ketiga untuk anda gunakan menggunakan editor susunatur elemen.

Bergantung kepada templat asas yang anda gunakan, ruangtegak tambahan akan dapat dilihat di sebelah kanan atau kiri. Tiada perubahan dibuat atas tatarias templat, hanya penambahan ruangtegak ketiga.

Selamat mencuba.

3 ulasan:

cHiQuE CoMeL said...

thanx... inilah yg sy cari² selama ini :D

cHiQuE CoMeL said...

salam... skrg nih blog post sy ada di sblh kiri so mcmana kalau nak ubah blog post ke tengah atau ke kanan???

iSunik said...

Hi, lihat note 5. Posisi sidebar bergantung dimana ia diletakkan. Main wrapper adalah untuk blog post anda.