Thursday, August 28, 2008

Blogger Layout, Ringkas I

Ada beberapa elemen kotak di susunatur laman. Ada kotaklaman luar, kotaklaman dalam, kotakelemen dan kotakwijet. Sekiranya anda perhatikan aturcara HTML di blogger anda akan dapat lihat tag-tag berikut:

1) <div> - Kotaklaman luar dan kotaklaman dalam.
Kotaklaman luar menentukan size laman dan stail kesuluruhan laman. Kotaklaman dalam pula menentukan size bahagian dalam laman dan stail kesuluruhan setiap bahagian laman. Ada beberapa bahagian laman yang boleh dikenal pasti:
a. Header (Atas)
b. Main (Utama)
c. Sidebar (Tepi)
d. Footer (Bawah)
e. Profile (Profil)
f. Comments (Komen)

Anda dapat lihat kotaklaman dalam ini dengan melihat nama tag <div> yang diberikan pada bahagian tersebut. Contohnya tag <div id='header-wrapper'> adalah kotakklaman dalam untuk ”header” dan sebagainya.

2) <b:section> - Kotakelemen.
Kotakelemen adalah ruang dimana alat-alat elemen boleh ditempatkan. Anda dapat lihat kotakelemen di editor susunatur alemen, seperti dibawah.

3) <widget> - Kotakwijet.
Kotak wijet adalah alat-alat yang anda tempatkan di kotakelemen. Ini dibuat di editor susunatur elemen.

Setiap tag perlu ditutup dengan tag serupa dengan tanda ”/” di depannya seperti </div>, </b:section> dan </>.

0 ulasan: