Saturday, August 2, 2008

Error, Internet Explorer cannot open the internet site

Saya menghadapi masalah ini dari semalam (1 Ogos 2008). Saya cuba amati sebabnya dan selepas saya buang kod Sitemeter di blog saya, masalah tersebut hilang. Saya tidak faham kenapa, dan cuba untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Saya jumpa diskusi di Blogger.com Group Help.

Ini pula adalah pengumuman di Sitemeter Announcements

Sekiranya anda menghadapi masalah sama, dan tidak boleh tidur melihat 'error' setiap kali blog dibuka, anda hanya perlu buang kod Sitemeter. Saya harap ada pengumuman lanjut dari Sitemeter, sebelum saya berubah fikiran dan menggunakan pengira kunjungan lain.

0 ulasan: