Monday, August 25, 2008

Expandable Blog Summary, Maklumat Tambahan

Sekiranya anda melihat panduan rasmi dari Blogger, mungkin anda agak keliru cara sebenarnya bagaimana ringkasan blog dibuat seperti yang anda lihat diblog ini.

Blogger ada memberi panduan yang anda boleh lihat di Bantuan Blogger. Maklumat tambahan yang anda perlu tahu ialah langkah-langkah berikut.

1) Buka Edit HTML dan tandakan ’Kembangkan Templat Widget’.

2) Letakkan kod pertama antara ]]></b:skin> dan </head> seperti dibawah. Pastikan anda meletakkan tag <style> diawalan kod dan </style> di akhiran kod.

3) Tempatkan kod kedua di antara <data:post.body/> dan </div> berikutnya seperti dibawah.

4) Simpan templat yang sudah diubah.

5) Langkah terakhir adalah menandakan didalam setiap entri anda awalan entri yang anda hendak siarkan sebagai ringkasan dan entri sepenuhnya yang anda ingin kembangkan bila dipilih oleh pembaca.

6) Anda boleh menempatkan templat catatan di tab ‘Memformat’ didalam Tetapan blog seperti dibawah. Anda akan dapat lihat templat tersebut apabila anda membuat catatan baru. Ringkasan blog hendaklah ditempatkan sebelum tag <span class="fullpost"> dan blog penuh ditempatkan sebelum penutup tag </span>

7) Hasilnya seperti yang anda lihat diblog ini. Anda boleh ubah jumlah catatan yang diterbitkan dimuka hadapan di Tetapan blog.


Selamat mencuba

0 ulasan: