Thursday, August 21, 2008

Tambah Variable Fon dan Warna, Blogger

Sekiranya anda ingin menambah ubahan (variable) fon dan warna peribadi yang boleh diubah dengan mudah di susunatur blogger, perlu dibuat tambahan di HTML.

Dalam contoh dibawah, saya telah tambah ubahan warna ”Outer Wrapper Color” yang tidak terdapat ditemplat asal ”Minima”. Dengan tambahan ubahan ini, saya boleh ubah warna ’outer wrapper’ dengan mudah mengikut kesesuaian blog.



Apa yang perlu dibuat:
1) Anda perlu ke susunatur HTML. Tambah ”Variable definitions” seperti dibawah. Dimulakan dengan ”< Variable” elemen ubahan perlu dinamakan untuk:
Name = ”owcolor” – ubah ‘name’ ikut kesesuaian
Description = ”Outer Wrapper Color” – ubah ‘description’ ikut kesesuaian
Type = “Color”
Default = “#fff”
Value = “#ffffcc”
Ditutup dengan “>”



2) Gunakan ubahan yang telah anda buat di tempat yang diperlukan. Dalam contoh ini saya tambah di elemen “Outer-Wrapper” background seperti dibawah:
Background = $owcolor – tambah “$” pada ‘name’ yang dibuat dilangkah 1 diatas.



Selamat mencuba

2 ulasan:

ayiipz said...

nak tanya sikit... jika boleh
dah lebih seminggu bila saya bukak blog saya mesti error on page dan tak akan open sepenuhnya . kenapa ya..

iSunik said...

Saya ada buka blog tuan, memang ada error pada entri "kursus...cacing". Saya tak pasti kenapa, mungkin kalau tuan gunakan Webmaster Tools boleh membantu untuk mengesan punca masalah.