Tuesday, September 2, 2008

New Domain, Beralih Alamat

Saya baru sahaja membeli domain baru untuk menempatkan blog saya. Proses agak mudah melalui Google. Yang menariknya, saya tidak perlu membayar server hosting, kerana Blogger menyediakan server (pelayan)secara percuma. Cuma yang perlu adalah membayar jumlah yang kecil, USD10 setahun, untuk mendapatkan domain sendiri. Banyak kelebihannya saya fikir dengan memiliki domain sendiri, namun yang penting bagi saya adalah dapat membina nama domain sendiri untuk dikembangkan.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk membeli domain dan mengubah hala domain lama ke domain baru.

1) Daftar masuk ke editor blog. Pilih tab penerbitan (publishing) dan klik beralih ke domain khas.


2) Patuhi arahan semasa membeli domain di Google

3) Bila selesai pembelian dan Google telah mengesahkan pembelian melalui emel, anda boleh masuk kembali ke Google Apps untuk menetapkan nama domain yang ingin anda gunakan untuk blog anda, jika perlu.

4) Anda boleh gunakan nama domain yang anda daftarkan semasa pembelian. Contohnya jika anda mendaftar namadomain.com, dan ingin menggunakan nama ini sebagai url baru blog anda, anda hanya perlu kembali ke tab penerbitan di tetapan blog dan letakkan nama domain anda di ruang disediakan.


5) Tandakan halakan semua www.namadomain.com ke namadomain.com supaya keduanya boleh digunakan untuk ke blog anda. Penanda ini hanya dapat dilihat selepas tetapan penerbitan disimpan pertama kali.

6) Setelah selesai, entri baru anda akan terus disiarkan di domain baru. Namun domain lama masih boleh digunakan. Google akan mengubah hala domain lama ke domain baru secara automatik.

0 ulasan: