Tetapan CNAME boleh dibuat dengan mengunjungi konsol DNS anda melalui Google Apps domain yang telah dibeli. Langkahnya seperti berikut:
- 1) Pilih menu domain settings, kemudian domain names dan klik advance domain settings.
2) Anda akan diberikan tetingkap untuk daftar masuk ke konsol DNS dan diberikan katakunci yang perlu digunakan.
3) Didalam konsol DNS, terus ke editor Host Records dan klik edit.
4) Didalam ruangtegak (column) Host Name, masukkan diruang baru nama subdomain baru anda. Jangan diubah subdomain yang sedia ada kerana ini mungkin berkaitan dengan servis Google yang lain.
5) Letakkan address sebagai ghs.google.com dan letakkan record type sebagai CNAME.
6) Simpan tetapan anda dan keluar.
Anda baru sahaja menghasilkan subdomain.namadomain.com. Seterusnya anda boleh gunakan subdomain ini untuk blog anda. Ini perlu dilakukan di tetapan penerbitan (publishing) seperti yang dinyatakan diblog lepas. Contohnya blog ini menggunakan subdomain sesiar.b3lima.com.
Sebelum membeli domain dan membuat tetapan subdomain, perlu dipikirkan nama yang sesuai untuk anda digunakan dan bagaimana anda ingin menggunakan nama domain tersebut.
Baca Selanjutnya!











