Friday, May 8, 2009
Mengenal pasti emel tipuan/palsu
Saya terima satu emel yang agak 'pelik' dari amazon.com kelmarin kerana alamat penghantar menampakkan alamat emel amazon yang betul. Tetapi Gmail telah mengklasifikasikan emel tersebut sebagai spam. Selalunya saya tidak berfikir dua kali untuk membuka emel dari alamat emel yang saya kenal. Apa yang saya lakukan, pertamanya hantar emel kepada amazon.com meminta kepastian, kerana emel yang saya terima mungkin meminta butir-butir peribadi saya. Masih menunggu jawapan dari mereka. Tapi nasihat dari Gmail saya fikir amat bagus dan diwar-warkan disini. Sila klik tajuk blog ini untuk melihat nasihat dari Gmail. Yang ingin saya kongsikan ialah cara mengenal penghantar sebenar emel tersebut. Ini dilakukan dengan memeriksa "header" emel. Jika kita periksa "header" emel, ianya akan menyatakan alamat sebenar penghantar sebenar. Untuk mengetahui caranya ikut pautan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










0 ulasan:
Post a Comment