Selepas berdaftar dengan Google untuk mendapatkan nama domain b3lima, seperti di entri berikut, saya mula mencari tapak percuma (free hosting) untuk menempatkan laman web sendiri. Google apps hanya menyediakan tapak percuma untuk applikasi mereka seperti Gmail, Blogger, Google Site dan lain-lain aplikasi Google.
Jika ada tapak percuma saya boleh membina dan mengembangkan laman web sendiri tanpa terikat dengan format applikasi yang disediakan oleh Google. Setelah mencari saya dapati tapak percuma yang diberikan oleh 100mb sangat bagus. Tapi saya juga perlu mengekalkan aplikasi percuma Google menggunakan domain utama yang sama. Saya mempunyai subdomain berikut yang ditempatkan di tapak percuma yang berbeza.
Blog:
http://buku.b3lima.com
http://bicara.b3lima.com
http://sesiar.b3lima.com
Email:
@b3lima.com
Laman Web:
http://www.b3lima.com
Blog dan email diatas ditempatkan di tapak percuma yang disediakan oleh Google sementara laman web di tempatkan di tapak percuma yang disediakan oleh 110mb. Walaupun saya masih menggunakan domain b3lima.com yang sama.
Ini sebenarnya amat mudah dilakukan dan mengurangkan kos membina dan mengurus laman web. Akan saya cuba huraikan caranya dalam entri seterusnya.
Baca Selanjutnya!
Subscribe to:
Posts (Atom)









